Muadz: Di kiri dan kanan kita... tak ramai yang mampu sampaikan islam pada mereka... Hanya yang memahami kekusutan ini akan menjengah melakukan eksperimentasi. Saya kagum dgn Dato Shah Reza... Hmm ini sambungan petikan artikel.
muadz: "THE ULTIMATE STUPIDITY IS TO MAKE THE SAME THINGS OVER AND OVER AGAIN AND EXPECTING DIFFERENT RESULT" - kalam hukama inggeris
muadz: Dalam masyarakat kita di mana majoriti melayu sudah tidak kenal Tuhan atau tidak peduli dgn agama dan menganggap apa2 yg berkaitan dgn Agama itu kuno dan backwards.... Pendakwah perlu berfikir 3 dan 4 kali lebih laju dari serangan dunia yang menerjah setiap rumah di watan kita ini... Jika kita insan yang hanya mengutuk perbuatan yang mungkar, maka itu bukan jawapannya, malah kita tak diperlukan agama Islam yang makin terhakis nipis sekarang.... Tapi jika kita berani hulur tangan dan istilah ustaz saya di uia dulu..hulur tengkuk untuk Islam... maka mari kita cari segala cahaya dakwah walau sekecil manapun untuk kita dukung dan menjaga api itu agar ia satu hari nanti menjadi 'the warming fire in the deadly cold weather'
Respon 1
Hayati 'Islam' dalam pub!
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
Mungkin pemilihan tempat untuk Konsert Hayati di Ruums, Life Center, agak 'kurang sesuai' kerana umum sedia maklum ianya adalah sebuah 'bar' dan 'pub.'Namun sebagai satu pendekatan baru tempat ini dipilih dan ianya bukan penghalang perjalanan konsert ciri 'rock Islamik' yang menampilkan penyanyi rock tanpa dadah dan alkohol.

Ternyata niat ikhlas Pengarah Urusan Nusantara Germs Dato' Raja Rezza Shah atau Shah Reza ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton apabila seramai 1,000 orang hadir pada petang semalam.Persembahan pembukaan oleh Faizal tidak sia-sia dengan menyanyikan tiga buah lagu(Foto The Star oleh Kevin Tan)"Dalam masa yang begitu singkat dan kekurangan 'sponsor', saya sebenarnya lebih bersyukur sebab ianya lebih dari apa yang saya jangkakan."Daripada penonton yang hadir, mereka berkelakuan baik.
Saya betul-betul gembira kerana banyak perkara yang terkawal."Dengan imej tersendiri dan tema hiburan alternatif, ada juga artis rock yang tak nak ubah tapi 99 peratus menunjukkan respon positif ," kata bekas pelakon dan penyanyi Shah Reza selepas konsert itu berakhir.Ahli Fiqir mendendangkan lagu dengan penuh bersemangatMenurut Shah Reza, dia mengambil masa kurang daripada sebulan sebelum konsert iaitu selepas pulang dari menghadiri majlis Tilawah Al-Quran di Jakarta. Walaupun dalam masa yang suntuk, Shah Reza perlu mengotakan janjinya walau dalam apa keadaan sekalipun.Dengan belanja yang kurang daripada RM100,000, beliau akui memang terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki seperti aspek teknikal.Namun, persembahan artis yang mantap dan bersemangat ketika menyanyikan lagu membuatkan segala cacat cela yang berlaku dapat dimaafkan.

Hattan dan Yasin juga menyampaikan lagu dengan penuh bertenagaApa yang diperhatikan, terdapat segelintir pasangan yang berpelukan seolah-olah mencemar konsert yang suci seperti warna pakaian yang disarungkan ke tubuh penyanyi dan pengiring muzik (semuanya berpakaian putih) di bawah pimpinan Riss itu."Kita kena realistik. Ini baru pertama kali konsert sebegini diadakan. Mustahil semua boleh betul dalam satu konsert sahaja. Mana kita tahu mungkin mereka suami isteri kan?," jelas Shah Reza seolah memberi 'lampu hijau' tentang aksi melampau pasangan yang hadir."Kalau 100 peratus semuanya baik, mungkin saya yang akan taksub pula.
Biasalah kita tak boleh nak ubah sesuatu itu secara mendadak. Kalau dapat buat sedikit perubahan pun jadilah."Tapi sekurang-kurangnya tiada orang yang mabuk dan mengambil dadah. Saya rasa ini adalah sebuah konsert yang membawa kesan positif'," jelas bekas penyanyi Mekar Sejambak itu lagi.Ella dan Bienda berduet dalam lagu Kau Tiada Ganti dengan iringan gitar sentuhan Man KidalMenurut Shah Reza lagi, mungkin sebelum ini peminat yang membeli album Ella lupa akan lirik lagunya dan hanya menghayati rentak lagu sahaja ibarat 'suci dalam debu'. Mereka sepatutnya mencari yang tersurat dan tersirat.""Apa yang penting adalah mesej. Sampaikan mesej melalui lagu-lagu rock kerana masyarakat suka 'judgemental' (bersifat menghukum)," kata Shah Reza.Konsert yang berlangsung selama dua jam setengah itu turut menampilkan penyanyi rock seperti Ella, Faizal Tahir, Man Kidal, Hattan, dan Mus (May).Gemersik petikan gitar Man Kidal menghiburkan penontonSelain itu, konsert yang dihoskan oleh Bob Lokman ini juga menampilkan Yasin, Ahli Fiqir, dan Bienda.

Persembahan 'Konsert Hayati' memang menyentuh perasaan dan yakin ramai yang dapat menerima mesej dan pengajaran yang disampaikan melalui lirik di paparan skrin besar.Antara persembahan yang bertenaga dan mendapat tepukan gemuruh daripada penonton adalah lagu Rendang Tak Berbuah oleh Hattan termasuk lagu-lagu lain yang disampaikan olehnya seperti Kau Yang Satu, Duit-duit, dan Kepadamu Kekasih yang bercirikan ketuhanan.Tidak kurang hebatnya Ella dalam lagu Rama-rama dan Mus (Sinar) yang menjadi siulan penonton, membangkit semangat dan bertenaga setelah mendapat sorakan dan tepukan yang gemuruh.Persembahan daripada Faizal sebagai pembuka konsert juga tidak menghampakan walaupun hanya menyanyikan tiga buah lagu iaitu Raikan Cinta (M.Nasir), Wild World (Yusof Islam) dan lagu yang memenangi Lagu Rock Pilihan dalam Anugerah Era 2007 pada 8 September lalu, Mahakarya Cinta.Persembahan lagu Sinar oleh Mus mendapat tepukan gemuruhKesemua 24 buah lagu yang disampaikan dengan lirik yang berkonsepkan ketuhanan dan kemanusiaan serta sentuhan gitar daripada Man Kidal boleh dikatakan berjaya memukau penonton.Lagu-lagu lain yang mendapat perhatian penonton adalah Alhamdulillah (duet Yassin), 2x5 dan Samseng (Ahli Fiqir), Dari Kaca Mata (Mus) dan Standing In The Eyes, Kasih, Permata Biru dan Gemilang (Ella).Lagu Gemilang disampaikan secara beramai-ramai pada kemuncak persembahan oleh Ella, Man Kidal, Ahli Fiqir, Mus (May) dan Bob Lokman.Dengan dua orang penyanyi latar yang mengiringi persembahan, Bob Lokman menjayakan konsert dengan melakukan selingan komedi yang mencuit hati penonton.Ella tampil dengan kelainan pakaian bercorak batik yang sopan ciptaan Tom Abang Saufi.Golongan artis dan personaliti tidak ketinggalan menghadiri konsert eksperimentasi yang samada mencetus kontroversi atau medium baru yang bakal diikuti oleh pihak lain selepas ini.Mereka adalah pelakon kanak-kanak dari filem Tentang Bulan Nik Adruce dan Erin Malik, Datuk Siti Nurhaliza dan suami Datuk Khalid Mohd Jiwa bersama anak tirinya Mohd Asyraf Khalid dan Fifi TV3 (Bersamamu)."Saya berpuas hati dengan apa yang mereka buat. Konsert rock, rock juga asal ada elemen nasyid walaupun buat di disko tetapi lagu memuji Allah. Memang bagus dan apa yang mereka sampaikan dalam lagu ada nasihat yang baik dan boleh diikuti," kata Adruce.Anak tiri Siti Nurhaliza, Asyraf, 15 pula berpendapat konsert sebegini adalah bagus kerana beliau melihat ramai 'Mat Rock' datang ke konsert 'Islam'."Kiranya sampailah mesej yang mereka ingin sampaikan....," kata Asyraf yang menyukai lagu Kasih dan Rendang Tak Berbuah.Rata-rata ramai yang terhibur dengan konsert yang julung-julung kali diadakan."Best dan puas hati dengan showmanship dan persembahan semua artis. Insya Allah mesej yang ditujukan sampai kepada saya. Saya datang pun sebab konsert ini lain daripada yang lain dan belum pernah diadakan sebelum ini," kata Kaka, gadis berusia 18 yang juga menyukai lagu Kasih.Konsert Hayati bakal ditayangkan di TV9 pada 17 Oktober ini.
Respon 2
Konsert Hayati serlahkan hiburan bermesej Islam
Oleh Zul Husni Abdul Hamid (Bharian) MEREKA sekadar bereksperimentasi, cuba mendekati masyarakat muda dalam mencari sumber baru kepada medium hiburan tanah air. Cara baru dalam memberikan hiburan bermesej, sarat sentuhan yang kebal dengan maklumat dan pengajaran. Barangkali usaha itu mengundang kontroversi, mungkin juga ada pihak yang kurang menyenangi inisiatif yang diambil apatah lagi ia langsung tidak membabitkan artis yang terkenal dengan mesej dakwah. Konsert Hayati cuba mendekati penonton muda dengan barisan artis yang popular dengan genre muzik rock, lantas membentangkan hamparan lirik yang sarat dengan kesedaran dan kasih sayang.
Inti pati dicurahkan oleh barisan artis rock terkenal seperti Faizal Tahir, Yasin, Man Keedal, Hattan, Ella, Mus (May), Ahli Fiqir dan Bienda pada Konsert Hayati yang berlangsung di Ruuums, Life Centre, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, petang Ahad lalu. Konsert yang dicetuskan oleh Nusantara Gems Sdn Bhd di bawah kendalian Datuk Raja Rezza Shah itu cuba meruntuhkan kekangan bahawa mesej Islam hanya layak disampaikan di lokasi bersesuaian. Sebaliknya, dia menerobos ruang vakum dengan mendekati jiwa dan minda masyarakat muda serta pada masa sama, menebarkan mesej dakwah menerusi muzik yang menjadi medium.
Mereka tidak salah untuk bereskperimentasi, malah sewajarnya usaha itu dipuji kerana ia tidak lagi bersandar kepada hiburan kosong semata-mata. Di sebalik sajian hiburan yang sering dianggap melalaikan, barisan artis terbabit turut menyalurkan mesej berguna kepada anak muda supaya menghargai keEsaan Allah, di samping menyuntik kecintaan terhadap agama, nusa dan bangsa lewat lagu pilihan. "Sebab utama genre rock dipilih kerana irama itu cukup dekat dengan jiwa anak muda yang menjadi golongan sasaran dalam konsert ini," kata Rezza Shah.
Memilih Ruums sebagai lokasi utama rakaman, barangkali juga mengheret kepada pertikaian. Mengapa pusat hiburan yang acap kali dikaitkan dengan gejala tidak sihat dijadikan lokasi untuk konsert yang membawa mesej murni itu? Bercakap mengenainya, Rezza berkata, pemilihan lokasi itu tepat kerana mereka ingin menyinari tempat yang sering dikaitkan dengan kegelapan umpama simbolik membawa jiwa yang gelap keluar memilih jalan hidup terang. "Objektif konsert ini diadakan adalah untuk mendidik masyarakat mengenai nilai murni berlandaskan agama dan budaya kita.
Justeru, kebanyakan lagu yang dinyanyikan lebih menjurus kepada unsur kemanusiaan dan ketuhanan," katanya. Rakaman yang bermula jam 3.30 petang itu menyaksikan bintang kelahiran pertandingan realiti, One In A Million, Faizal Tahir membawakan tiga lagu termasuk Raikan Cinta, Mahakarya Cinta dan sentuhan yang pernah dipopularkan Cat Stevens, Wild World. Penyanyi yang terkenal dengan irama global, Yasin turut menyuntik mesej keislaman lewat lagu pilihannya iaitu Wassini, Salsabila dan Hadhari yang diilhamkan daripada pelantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Tidak bersendirian di pentas, Yasin seterusnya bersatu dengan kumpulan terkenal dari Singapura, Ahli Fiqir menerusi lagu Alhamdulillah. Mereka juga memilih dua lagu lain, 2X5 dan Samseng sebelum penyanyi remaja, Bienda tampil membawakan Penantian dan Kau Tiada Ganti. Hattan mengalunkan lagu Kau Yang satu, Duit-Duit, Rendang Tak Berbuah, Keagungan Tuhan dan Kepadamu Kekasih, manakala Ratu Rock, Ella membawakan Rama-Rama, Standing In The Eyes Of The World, Kasih dan Permata Biru. Rakaman konsert itu dapat disaksikan umum apabila disiarkan TV9 pada 17 Oktober ini selama dua jam.