My lil hand's work... It's a good feeling to capture years of events into 14 minutes.. but still is a glimpse... everybody has precious moments ya ilaahi... Bless those who believe... ammen
Tuesday, March 27, 2012
Saturday, March 24, 2012
Pertemuan dengan Ummi Fauziah bt Ramly (Datin) bermula pada saat syarikat travels Blissful Mujaddid membuat taklimat Umrah & Ziarah Baitul Maqdis di Shah Alam sebulan yang sudah. Ummi dan rakan-rakannya yang menempah pakej umrah sudah melihatkan bahawa mereka bersedia untuk bersusah payah untuk sampai ke Al Aqsa. Pakej sederhana (kembara) ini telah berlepas dan tiba kembali di Malaysia pada 11hb Mac baru-baru ini.
"Penat...tapi..PUAS!! Kata majoriti jemaah. 3 masjid sudah diziarahi dan berdoa di dalamnya.
Antara, janjiku kepada Ummi saat di Mekah adalah untuk membantu salah satu program persatuan Ummi, Persatuan Siswazah Wanita Malaysia (www.pswm.com) bila pulang nanti dan pagi semalam, tertunailah janjiku untuk bersama Ummi mengimarahkan salah satu program penting untuk remaja di dorm dan tempat tinggal berpagar, berkawat duri, beruniform, warden yang tegas, ada yang sangat penyayang... Di Penjara Kajang aku tiba.
Masuk ke dalam, harus di escort Ummi sendiri yang juga merupakan AJK pelaksana, trainer dan 'Ummi' kepada anak-anak ini. Kelompok yang saya akan bertemu ini adalah kelompok hard core 'criminals' tetapi di bawah umur. Kata Ummi, antara jenayah yang mereka lakukan adalah seperti curi motor, rompak, bergaduh, mencederakan, membunuh, mengedar dadah, merogol dan sebagainya (harus diingatkan kebanyakan kes rogol remaja di situ, adalah seks suka sama suka yang kemudian ibubapa si perempuan membuat laporan dan tertangkaplah si budak lelaki ini tanpa si perempuan) Hati aku berdegup lebih laju. Rasa gusar, tapi yang dominannya perasaan ingin sekali bersua dan duduk sekali dengan mereka ini. Sekuriti ketat di lepasi, HP dan duit semua ditinggalkan termasuk kamera. 3 pintu pagar berkunci dan aku masuk di lapangan luas kedengaran suara seorang ustaz muda dari Jakim yang bertugas sedang memberi tazkirah... Kata Ummi, program kali ini adalah pertandingan Azan dan Nasyid. Azan dah sudah, 'sedap sedap suara mereka Mu'adz...' Encik Anuar seorang warden di situ menambah... 'kami memang tak 'expect' ramai penyertaan nasyid... ingatkan 3-4 grup tapi akhirnya sepuluh. (Pagi ini Ummi msg di FB kata Ummi, mereka sangat berbakat Mu'aaaaadz... harap dapat tolong Ummi lagi... Adik-adik nak Muadz datang lagi)... Pap!! Saya yakin, bukan bakat yang Ummi cari dari dalam mereka tapi suatu komitmen untuk berubah dan hidup sebagai seorang insan baru. Masyarakat pasti akan terus kecam mereka malah ibu bapa, inilah peranan Ummi dan rakan-rakan di situ. Mereka mahu sebilangan aset negara ini, muda mudi yang telah tersalah jalan, agar dapat bangkit semula meninggalkan sejarah hitam mereka. Soalnya, adakah kita bersedia menerima mereka kembali.... Soalan untuk semua.
Pendek cerita, persembahan nasyidku adalah selingan sebelum bermula pertandingan nasyid. Mata saya melihat kepada muka-muka melayu pelbagai rupa, semua dengan satu fesyen rambut yang sama.. 200 pesalah juvana daripad lebih 3,200 banduan di sini yang hadir di tempat program yang best tu, tanpa dipaksa, program begini adalah 'optional'...tapi ya.. jelas mereka sayangkan Ummi...
Saya lihat 'fesyen GI tahap 1 atau 2' dan memakai baju warna berbeza. Warden kata tadi, itu semua ikut jenis kesalahan yang dilakukan. Ada putih, hijau, merah dan ungu. Yang ironisnya, sapaan wajah mereka kepadaku tidak kurang sapaan bila aku ke majlis madrasah atau tahfiz. betul bila difikirkan... Siap dengan senyuman, yang dekat tu bersalam cium tangan dan juga tidak kurang yang memberi pandanan penilaian 'emmm siapa kamu ni nak bagi program kat sini?!'. Namun itu adalah lumrah. Pandangan itu pernah aku dapat lebih teruk dan lebih ramai di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Kata Cikgu di sekolah tu, cikgu pun tak dihormati, boleh keluar kelas sesenang hati, boleh diamkan cikgu.. Wah hebat dugaan Ummat hari ini... Ummat yang kategorinya 'baik' tidak boleh duduk senang lenang dah, keluar dari comfort zone masing-masing dan curahkan secebis pengalaman dan tenaga dengan usaha-usaha dakwah, islah di mana jua.
Setelah hampir sejam di pentas, laungan komitmen, tepukan gemuruh, dan gelak ketawa dan cerita-cerita bersama Ummi Fauziah, aku sedar, tiada apa yang hendak saya banggakan dengan usaha ini. Aku hanya dapat bersua mereka sesaat cuma. Mata-mata berkaca mendengarkan peringatan saya bahawa Allah akan sentiasa mahu mengampunkan hambaNya yang tersilap langkah... Badan adik-adik boleh berada di sel dan penjara ini namun hati adik boleh terbang tinggi bercakap dan berbual dengan Allah Maha Mendengar dan Cinta adik-adik semua Nabi Muhammad SAW. Hampir jatuh air mata lagi bila mengatakan, kalau Nabi Muhammad ada saat, penjara kajanglah Nabi akan datang dengan bergegas keran Nabi sangat sayangkan Ummatnya. Bukankah ketika nabi diutuskan, segala yang ada hanya Jahiliah, bukankah mad'u nabi antaranya Umar, yang telah membunuh anaknya, bukankah para sahabat sebelum islam, ramai kaki arak dan perempuan, memperkosa dan memperdagang wanita.. Nabi pergi kepada mereka ini semua. Nabi tidak pernah sisihkan, hatta penagih dadah yang ada hari ini, siapa berani kata Nabi tidak akan menjengah untuk jumpa si polan yang telah 'addicted' dan sakit@rindu pada dadah. Cuma kita yang cepat menghukum sebelum kita dapat bertemu 4 mata dengan mereka. Zalim kita kerana membuat pendirian sebegitu, zalim pada diri, lebih zalim kepada anak-anak kita ini. 6 bulan lebih mejaga abang angkat aku yang tegar menagih heroin selama lebih 30 memahamkan aku bagaimana cerita luar dalamnya tentang dadah. Ya Allah kau bukalah hati ummat ini untuk membantu mereka yang memerlukan. Sudah ramai yang turun padang, namun kita perlu lebih ramai InsyaAllah.
Ameen. T kasih Ummi Fauziah dan rakan-rakan kerana memberi kepercayaan dan menghadiahkan saya pengalaman ini.
(support usaha dakwah melalui motivasi dan muzik)
www.muadzofficial.com
Twitter: muadzul
FB Fanpage: Mu'adz Dzulkefly
Sharing dari Ummi di FB :
En Anuar (gambar) memberitahu, dia sangat terkejut dan terharu, anak-anak ini, 5 kumpulan yang tak masuk final, berkata tak mengapa, mereka ikhlas buat tak minta apa-apa.. dan yang menang pula, ada yang menangis ada yg sujud syukur... Allahu akbar!... Inilah wajah-wajah hamba Tuhan yang sedang berubah... Wajah-wajah ini ada di mana-mana... Berikan peluang !
untuk memahai situasi umum di penjara boleh blog yang saya jumpa ni, sangat baik http://www.blogigo.co.uk/pengalamanku/kenangan-di-Penjara-Kajang-1/19/
Tuesday, March 13, 2012
Salam. Oleh kerana FB telah mengambil alih masa dan tempat untuk update, maka lenganglah blog.. Cuma yang pastinya, blog tetap unik dengan caranya yang tersendiri... Must blog again:)





