Thursday, September 27, 2007

Ingin berkongsi kegembiraan dengan pencapaian silaturahim hasil inisiatif Nisa Malaysia.. Im very proud of all of you and wishing the best of azeemah and inaayah for all of you.

Salah seorang pimpinan Nisa, Kak muna, membuat catatan berikut dan saya fikir eloklah dikongsi seramai mungkin. Di bawah boleh klik ke blog seorang penulis hebat kini dan for the future umah.. ummu hani..boleh klik juga.. Brothers and sisters, dakwah is about delivering it to the people after due understanding of Islam. With high spirit and will, dakwah is unstoppable, because its almost entirely about networking and talking to the hearts.. Moga kita terus tuai, berjalan dan berusaha.. Ameen.

Tahniah nisa.. (special thanks to kak muna & Ummu Hani).
Kpd teman2, hidayah milik Allah, bila kita pandang insan di hadapan dan sekeliling kita, kita pandang kita pandangan ihsan, dan belas jauh sekali pandangan menindas dan menidak... pandang dan bertindaklah seolah kita berada seketika pada saat genting..kalamiti... kebakaran atau kemalangan... prioriti kita adalah untuk menyelamat... walau diri mungkin kurang arif dan mungkin akan terbakar.

coretan kak muna:

Melangkah ke villa damansara, kota damansara pada petang itu dengan rasa yang sangat teruja tetapi berdebar. hmm nak berkunjung ke rumah seorang artis terkenal yang banyak liku dan ranjau dalam penglibatan seni rock nya, bukan satu peluang yang senang dapat. Kunjungan itu bukan untuk belajar seni dengannya, tetapi atas jemputan isterinya yang mengenali nisa melalui novelis ummu hani, ingin mengadakan majlis ilmu , atau khususnya pada petang itu, parables in Quran. itulah Amy Search dan isterinya Norish. Thanx Norish sweetie ...:)

bersalam dengan Norish sudah terasa, keramahan dan senyuman serta keceriaannya menyambut kami. best !! masa tu nampak amy dengan jubah sedang mundar mandir ke dapur dan tgh handle anak2 mereka yang sgt comel, alexander dan sannia. mulanya hanya kami dan norish serta kawan norish berkenalan2 dan suasana selepas itu menjadi seperti adik beradik dan selepas discussion, amy bersama kami dan segalanya terungkai dengan perkongsian cerita norish dan amy atas perubahan yang mereka alami.

Bukan senang nak berubah, kata norish, dan kami agree on that. byk sms dan panggilan yang norish terima dari mereka yang masih belum mahu menerima perubahannya. bukan mereka tak sedar tapi tak nak sedar. berlainan dengan amy yang rata2 kawannya menerima baik perubahannya. Amy masih lagi ingin menyumbang sesuatu kepada industri muzik tetapi dengan cara dan pembawakan yang berbeza. hati juga tesentuh bila Amy bercerita yang dia berdoa untuk peminat2 nya agar dapat berkunjung ke kota makkah dan dapat berubah kepada kebaikan. bagi kami yang mendengarnya, doanya itu sgt luhur kepada peminat2nya yang selama ini menyanjungnya . dan ini lah doa Amy untuk mereka. masa itulah saya teringat kan muadz. kebetulan muadz juga ingin bertemu dengan amy, lantas saya menelefon muadz dan akhirnya mereka berdua berbual. sgt mesra amy berbual dengan muadz.

Bagi setengah atau majoritinya menganngap manusia itu sukar untuk berubah, tetapi hidayah Allah siapa yang tahu. keinsafan itu lahir dari hati yang luhur dan keinginan yang tinggi untuk berubah. Allah memberi setiap peluang kepada mereka yang ingin kembali ke jalanNya , walaupun keinginan itu sedikit cuma.
memang benar lah anjuran nabi untuk bersangka baik sesama manusia. itu lah yang tercerna dalam pertemuan nisa dan mereka suami isteri.

saya sgt berharap muadz , dakmie, dan sahabat2nya mengajak Amy dengan lebih dekat betapa indahnya Islam dan seni dalam Islam. Amy dan Norish perlukan sahabat2 yang benar2 sayangkan mereka agar mereka dapat terus kuat menghadapi ujian di luar yang penuh dengan pelbagai fitnah dan tohmahan. dan saya harap paduan muadz dan amy dalam industri muzik akan membawa satu perubahan yang besar kepada masyarakat akhir zaman ini yang sukakan pada muzik dan hiburan.

kepada norish, kak muna dan kak mas serta sahabat2 nisa, amat sayangkan persahabatan kita. see you norish!!

Dan akhirnya kita wajib bersetuju bahawa nikmat iman itulah yang terindah bagi setiap insan. dan sejenak memikir perbincangan Surah- Al rahman pada petang itu,.. fikirkan lah ayat ini: maka ni'mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan'?-

ikhlas,
izah dato fadzil
nisa malaysia


http://hanihassan.blogspot.com/ untuk catatan istimewa ummu hani dan gambar2.. Abg Amy berjubah biru... sgt tenang...

1 comments:

E-pool said...

Innaka La tahdii man ahbabta, wa lakinnaLlaha yahdii man yasya'..

Mudah2an Allah berikan ketabahan buat kita semua...

Ya Muqallibal quluub wal absaar, tsabbit qulubana 'ala diinik wa 'ala ta'atik..

 
PERJALANAN BERTAUT l MU'ADZ DZULKEFLY:::::::::::::::::POWERED BY ESQ Diseñado por Wpdesigner y adaptado por Zona Cerebral